BAHAGIAN

ELEKTRIK

Bahagian Elektrikal telah ditubuhkan pada 1 April 1974 dan berfungsi untuk membuat kerja-kerja rekabentuk pemasangan elektrik dan kerja-kerja penyelenggaraan untuk seluruh jabatan kerajaan di negeri Melaka ini. Seawal penubuhannya hanya seramai enam orang kakitangan sahaja, yang diletakkan di bawah pengawasan Jurutera Bangunan, Ibu Pejabat JKR Melaka.

Sebelum JKR Elektrik Melaka ini ditubuhkan, semua kerja - kerja pengawasan diseliakan oleh JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Pada tahun 1976 Cawangan Elektrik Melaka telah diwujudkan dan diterajui oleh Ketua Jurutera Eletrik Negeri, Jurutera Elektrik, Penolong Jurutera Elektrik dan sokongkan 2 bertanggungjawab mengendalikan projek-projek Persekutuan dan Negeri.

Lain-lain kakitangan adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan (teknikal) dan kumpulan Perkeranian.

FUNGSI

  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan semua pemasangan elektrik, elektronik dan telekomunikasi serta perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kerajaan.
  • Menyelenggara  semua pemasangan elektrik, elektronik dan telekomunikasi yang berkaitan dengan kerajaan
  • Menguji, mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan alat-alat elektrik dan elektronik untuk digunakan dalam projek-projek dan kerja-kerja yang dijalankan oleh JKR.
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknik kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain dalam perkara-perkara berkenaan dengan kejuruteraan elektrik, elektronik dan   telekomunikasi.

Direktori Kakitangan

Cawangan Kejuruteraan Elektrik


* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan
WAN NORHIDA BINTI W IBRAHIM
Ketua Jurutera Elektrik Negeri
MOHD ANUAR BIN MOHAMED DIAH
Jurutera Elektrik Kanan

Tarikh Akhir Kemaskini :: 26-07-2018 :: 12:41 PM