BAHAGIAN

CPAB & KORPORAT

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) merupakan cawangan baru yang ditubuhkan melalui penstrukturan semula ibu pejabat JKR Malaysia pada tahun 2014. Ianya merupakan gabungan dari Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS) dan Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) (sebelum pnstrukturan 2014).Pengabungan ini membolehkan amalan terbaik Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM) yang merangkumi pengurusan projek dan pengurusan fasiliti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sistematik.

Objektif

  1. Meningkatkan Daya saing JKR dalam Pengurusan Projek.
  2. Memastikan semua aset infrastruktur sentiasa berfungsi  dengan sempurna, selamat dan selesa untuk mencapai objektif Jabatan.
  3. Mengekalkan kefungsian aset infrastruktur bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk  mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (optimum life cycle cost).
  4. Memastikan perkhidmatan pengurusan projek dan penyenggaraan aset infrastruktur yang cemerlang, 
  5. kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Fungsi (CPAB)

1. Pembangunan Dasar & Dokumentasi 

Merangka dasar nasional bagi pengurusan dan penyenggaraan aset kerajaan yang bersepadu serta menyeluruh. Membangunkan dokumentasi untuk amalan dan sistem proses  kerja piawaian supaya pengurusan aset yang merangkumi pengurusan projek dan pengurusan fasiliti adalah  seragam serta sistematik mencapai tahap keselamatan, kesihatan dan keselesaan seperti mana ditetapkan.

2. Pembangunan Sistem Aplikasi & Pengurusan Pengkalan Data Aset

Membangun dan menyenggara aplikasi sistem Pengurusan Aset Tak Alih (mySPATA) dan sebagainya sebagai ‘leverage’ dalam mengurus aset kerajaan secara lebih sistematik. Mengurus Pangkalan Data Aset untuk semua  aset tak alih kerajaan dalam usaha ke arah pengurusan aset yang tepat dan berkesan berasaskan data serta fakta.

3.  Pembangunan Kompetensi & Kapasiti

Melaksanakan program peningkatan kompetensi dan profesionalisme dalam bidang pengurusan aset yang merangkumi pengurusan projek dan pengurusan fasiliti di kalangan kakitangan bagi meningkatkan kepakaran, produktiviti, kualiti dan prestasi organisasi.

4.  Tadbir Urus Pengurusan Aset Kerajaan

Melaksanakan pengawalan dan pengauditan aktiviti penyenggaraan bagi memastikan aset-aset Kerajaan sentiasa berfungsi dengan sempurna, selesa dan selamat. Melaksana inisiatif perubahan yang efektif untuk keseluruhan JKR melalui ‘Project Managed Change Program’.

5. Perkhidmatan Perundingan Pengurusan Aset Menyeluruh

Memberi khidmat nasihat dan perundingan terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan aset yang merangkumi pengurusan projek dan pengurusan fasiliti yang lebih berkesan dan ekonomik kepada semua agensi kerajaan dengan menggalakkan kreativiti dan inovasi melalui amalan terbaik.

 

Fungsi (KORPORAT)

           1. Bertanggungjawab dalam pengurusan aduan awam yang berkaitan dengan JKR Melaka.

           2. Bertanggungjawab mengenai perancangan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu di JKR Melaka.

           3. Menyelaras dan memantau Pencapaian Prestasi Utama Jabatan (KPI) Pengarah JKR Melaka.

           4. Menyelaras dan memantau Pencapaian Prestasi pengurusan risiko JKR Melaka.

           5. Bertanggungjawab mengenai perancangan dan perlaksanaan Latihan dan Kompetensi kakitangan JKR Melaka.

 

Direktori Kakitangan

Bahagian CPAB


* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan
FARIDAH HANIM BINTI SA'AYA
Jurutera Awam Penguasa CPAB

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-04-2019 :: 09:32 AM