BAHAGIAN

BANGUNAN

Bahagian Bangunan adalah badan penyelaras yang bertindak sebagai perancang, pelaksanaan dan penyelia kepada projek-projek bangunan di dalam Negeri Melaka untuk berbagai jabatan  pelanggan. Segala aktiviti adalah berkaitan dengan pembinaan projek bangunan dan penyelenggaraan bangunan-bangunan Negeri dan Persekutuan.

Projek-Projek Bangunan Negeri terbahagi kepada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pembangunan Negeri dan Jabatan Agama Islam manakala Projek Persekutuan terdiri dari  Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan, dan lain-lain kementerian.

Di antara beberapa jabatan pelanggan, Jabatan Pendidikan merupakan jabatan yang paling banyak melaksanakan projek mereka melalui Jabatan Kerja Raya Melaka.  Bagi memudahkan urusan,  ‘Unit Pendidikan' ditubuhkan khusus untuk memberi tumpuan kepada projek-projek jabatan tersebut.

Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah. Lain-lain terdiri dari Jurutera Bangunan, Pembantu Jurutera dan Pembantu Am Rendah.

FUNGSI

  1. Mengelola dan menyelaraskan pelaksanaan projek-projek bangunan Persekutuan
  2. Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan bangunan kerajaan Negeri
  3. Menjalankan kerja-kerja kecil yang dipohon oleh lain-lain jabatan
  4. Memberikan perkhidmatan nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain
  5. Menyelaras ISO 9001 di peringkat JKR Negeri Melaka

 

Direktori Kakitangan

Bahagian Bangunan


* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan
HJ. MOHAMMAD KAMAL BIN A. RAHMAN
Jurutera Awam Penguasa Bangunan
SRI INDRAYANI BINTI JAAFAR
Jurutera Awam Kanan


Tarikh Akhir Kemaskini :: 15-07-2019 :: 03:04 PM