BAHAGIAN

JALAN

Bahagian Jalan merupakan salah satu bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk merangka sistem perhubungan serta rangkaian jalan yang selamat, ekonomi dan lengkap bagi memenuhi keperluan perlaksanaan dan dasar pembangunan negara. Ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada semua kawasan yang belum ada rangkaian jalan raya dan menggalakkan pertumbuhan sosial dan pembangunan kawasan.

Ia diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Jalan. Lain-lain kakitangan terdiri dari kumpulan sokongan dan perkeranian.

Bahagian Jalan JKR Melaka terbahagi kepada beberapa cawangan bagi memudahkan perlaksanaan setiap projek. Ia adalah seperti berikut:-

  1. Unit Jalan Ibu Pejabat
  2. Unit Jalan Pembangunan
  3. Unit Jalan Daerah-Daerah
  4. Unit Makmal
  5. Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Jalan (UPPJ)

FUNGSI

Unit Jalan Ibu Pejabat

  • Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan bagi projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri
  • Menyelenggara jalanraya dan jambatan supaya sentiasa di dalam keadaan selamat.
  • Menyemak dan mengulas permohonan pembangunan sektor swasta yang melibatkan jalan  JKR dan menjalankan ujian keatas struktur jalan serta keselamatannya.
  • Sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan Negeri dan Jabatan Kerajaan yang lain.
  • Menjalankan bancian lalulintas kebangsaan dan kajian keselamatan keatas jalanraya

Unit Jalan Pembangunan

  • Menjalankan kerja-kerja menaiktaraf jalan kelas C kepada kelas A
  • Melebarkan jalan dan memperbaharui muka jalan
  • Mempereloki selekoh dan persimpangan (termasuk pembinaan jalan baru)

Unit Jalan Daerah-Daerah

  • Bagi semua kerja-kerja meyelenggara jalan-jalan negeri  adalah terletak dibawah pengawasan Jurutera Daerah di dalam proses pemantauan berhubung segala perkara berkaitan jalan-jalan yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah

Unit Makmal

  • Menjalankan kerja-kerja ujian konkrit kiub, sieve analist pasir, batu baur, aggregate, ujian premix, ujian batu baur, ujian compaction, plastic limit, liquid limit, penjenisan batu (rock), ujian besi dan lain-lain ujian di dalam makmal JKR Melaka
  • Menjalankan kerja-kerja di tapak projek bangunan dan jalan seperti kerja-kerja ujian field density, ujian CBR, ujian proba, ujian coring dan ujian rebound hammer.

Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Jalan (UPPJ)

  • Berfungsi menyelia dan menyelenggara jalan-jalan persekutuan

Direktori Kakitangan

Bahagian Jalan


* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan
Ir. AZMAN BIN ISMAIL
Jurutera Awam Penguasa Jalan


Tarikh Akhir Kemaskini :: 30-10-2016 :: 12:14 AM