PIAGAM PELANGGAN
1.0 PENGURUSAN PROJEK
1.1 Fasa Pra-Pembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi, skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM dan kelulusan Value Assesment (VA) telah diperolehi, tempoh perancangan hingga iklan adalah seperti berikut:
Projek | Jenis Rekabentuk dan Tempoh | |||
---|---|---|---|---|
a. |
Bangunan |
Pelan PAP tanpa pindaan 6 Bulan |
Lain-lain 10 Bulan |
Reka & Bina 4 Bulan |
Projek | Kos dan Tempoh | |||
b. |
Jalan dan Infrastruktur |
Kurang dari RM50 juta 8 bulan |
Melebihi RM 50 juta 12 bulan |
Reka & Bina 4 Bulan |
c. |
Projek Kompleks (Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara, Maritim, Pengangkutan Darat dll.) |
Tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan |
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi, skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM dan kelulusan Value Assesment (VA) dan Kementerian Kewangan Malaysia telah diperolehi, tempoh perancangan hingga iklan adalah seperti berikut:
Projek | Jenis Rekabentuk dan Tempoh | |||
---|---|---|---|---|
d. |
Hospital |
76 Katil 13 Bulan |
120 dan 200 Katil 15 Bulan |
300 katil (Reka & bina) 4 Bulan |
Nota: Tempoh maksimum dari tarikh Iklan sehingga tarikh Surat Setuju Terima Tender adalah 3 bulan
1.2 Fasa Pembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat semua pengambilan tanah telah selesai, tiada halangan di atas tapak projek dan peruntukan disediakan mencukupi dalam tempoh kontrak, projek dalam pembinaan akan disiapkan seperti berikut:
Projek | Kos dan Tempoh | |||
---|---|---|---|---|
a. |
Bangunan |
RM 500 ribu ke bawah 12 Bulan |
RM 500 ribu - RM 20 juta 24 Bulan |
Melebihi RM 20 juta 36 Bulan |
Projek | Kos dan Tempoh | ||||
---|---|---|---|---|---|
b. |
Jalan dan Infrastruktur |
RM 500 ribu ke bawah 9 Bulan |
RM 500 ribu - RM 20 juta 22 Bulan |
Melebihi RM 20 juta - 50 juta 36 Bulan |
Melebihi 50 juta 42 Bulan |
c. |
Projek Kompleks (Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara, Maritim, Pengangkutan Darat dll.) |
Disiapkan dalam tempoh dan kos yang dipersetujui bersama pelanggan |
Projek | Jenis Rekabentuk dan Tempoh | |||
---|---|---|---|---|
d. |
Hospital |
76 Katil 36 Bulan |
120 dan 200 Katil 42 Bulan |
300 katil (Reka & bina) 48 Bulan |
2.0 SENGGARA ASET
2.1 Jalan Persekutuan dan Negeri |
Tempoh |
|
a. |
Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes). |
1 hari |
b. |
Tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan selepas dikenal pasti atau aduan diterima. |
3 Hari |
c. |
Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil selepas dikenal pasti atau aduan diterima. |
24 Jam |
d. |
Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sebelum kerja-kerja dijalankan. |
3 Hari |
2.2 Bangunan Persekutuan dan Negeri |
Tempoh |
|
a. |
Tindakan pembaikan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan selepas dikenal pasti atau aduan diterima. |
1 Hari |
b. |
Tindakan pembaikan kerosakan biasa akan diambil selepas dikenal pasti atau aduan diterima. |
1 Bulan |
|
2.3 Mekanikal |
Tempoh |
a. |
Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal. |
1 Hari |
b. |
Kerja pembaikan besar (major overhaul)/pembaikan badan kenderaan. |
3 Bulan |
c. |
Kerja pembaikan kecil kenderaan. |
3 Minggu |
d. |
Penggantian pendingin (chiller). |
1 Tahun |
e. |
Penggantian lif bagi satu fasa. |
1 Tahun |
2.4 Elektrik |
Tempoh |
|
a. |
Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik. |
1 Hari |
b. |
Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik. |
7 Hari |
3.0 KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL
3.1 Kejuruteraan Cerun
a) Runtuhan cerun berimpak besar
i. Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dari maklumat diterima.
ii. Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
b) Runtuhan cerun berimpak kecil
Laporan syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:
i. Keadaan memerlukan penyiasatan tapak - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tanah diperolehi.
ii. Keadaan tidak memerlukan penyiasatan tanah - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
c) Ulasan teknikal kepada permohonan pembangunan melalui Laporan Geoteknik yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap permohonan diterima.
3.2 Kejuruteraan Senggara
a) Bangunan :
i. Keputusan kelulusan syor meroboh untuk pelupusan aset tak alih struktur bangunan Kerajaan Persekutuan diberi dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran yang lengkap diterima oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
b) Jalan :
ii. Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.
3.3 Kejuruteraan Forensik
a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan :
i. Maklumbalas awalan hasil pemeriksaan yang dijalankan di tapak disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tarikh lawatan tapak.
ii. Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak masing-masing.
iii. Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.
b) Bagi kerja-kerja forensik maritim, lapangan terbang dan pengangkutan darat:
i. Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak bagi kerja forensik berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.
ii. Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan.
4.0 PENGURUSAN ADUAN
4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR
Tempoh tindakan diambil
a) Akuan Penerimaan Aduan 1 Hari Bekerja
b) Maklum Balas Aduan 7 Hari Bekerja
c) Penutupan Aduan 30 Hari
4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)
Tempoh tindakan diambil
a) Akuan Penerimaan Aduan 1 Hari Bekerja
b) Maklum Balas Aduan 7 Hari Bekerja
5.0 PENGURUSAN KEWANGAN
Bayaran bil dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.