MEKANIKAL
PENGENALAN
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri (CKMN) adalah salah satu bahagian di bawah pentadbiran
Jabatan Kerja Raya Melaka yang diketuai oleh Ketua Jurutera Mekanikal Negeri dengan dibantu
oleh Jurutera Mekanikal, Penolong Jurutera dan kakitangan sokongan serta perkeranian .CKMN terdiri daripada empat (4) bahagian utama iaitu Bahagian Woksyop, Bahagian Projek,
Bahagian Senggaraan Bangunan, dan Bahagian Pentadbiran & Kewangan.
Bahagian Woksyop;
1. Unit Jentera Berat
2. Unit Kenderaan Berat
3. Unit Kenderaan Ringan
4. Unit Auto Elektrik
5. Unit Penilaian Kenderaan
6. Unit Servising
7. Unit Pengangkutan
Bahagian Projek;
1. Unit Projek Negeri
2. Unit Projek Persekutuan
Bahagian Senggaraan Bangunan;
1. Unit Senggaraan
2. Unit Naiktaraf
Bahagian Pentadbiran & Kewangan;
1. Unit Pentadbiran Am
2. Unit Kewangan
3. Unit Setor
FUNGSI
1. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan alat ganti dan kemajuan kerjaya (termasuk
latihan) untuk kakitangan pejabat mekanikal
2. Perkhidmatan penyenggaraan kenderaan dan jentera untuk jabatan.
3. Pengurusan aset peralatan mekanikal, kenderaan dan jentera jabatan.
4. Perkhidmatan perundingan sistem mekanikal dan khidmat nasihat teknikal untuk jabatan
dan jabatan kerajaan yang lain
5. Perkhidmatan pengurusan projek sistem mekanikal.
6. Perkhidmatan penyenggaraan sistem dan peralatan mekanikal dalam bangunan kerajaan.
OBJEKTIF
1. Mentadbir pengurusan kakitangan, sistem kewangan dan sistem alat ganti dengan mematuhi
kehendak Sistem Pengurusan Bersepadu JKR Malaysia
2. Pengurusan kenderaan dan jentera jabatan yang mematuhi Piagam Pelanggan JKR Malaysia
3. Pengurusan aduan, perundingan dan khidmat nasihat teknikal yang mematuhi Piagam Pelanggan
JKR Malaysia .
4. Perancangan, rekabentuk, perolehan, pembinaan dan penyerahan projek yang mematuhi amalan
kejuruteraan yang baik sepertimana Sistem Pengurusan Bersepadu JKR Malaysia.
5. Pengurusan penyenggaraan secara pencegahan awal untuk perkhidmatan dalam bangunan,
kenderaan dan jentera bagi mencapai faedah aset yang optimum.
Direktori Kakitangan
Bahagian Mekanikal
* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan | |||
---|---|---|---|
Ir. ABU BAKAR BIN ISHAK
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri |
|
06-2854731 abu_bakar[at]jkr.gov.my |
No |
Keterangan |
Tarikh Dimuatnaik |
Jenis |
Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|---|---|
1 |
FNO.pdf
|
02 Apr 2021 |
604kB |
|