BAHAGIAN

TENTERA

PENGENALAN

Bahagian Kerja Tentera merupakan satu bahagian di bawah pentadbiran JKR Melaka khasnya dan bertanggungjawab terus kepada Cawangan Kerja Tentera Ibu Pejabat JKR Malaysia amnya di dalam perlaksanaan projek-projek senggaraan dan pembangunan KEMENTAH di Melaka. Bahagian ini beribu pejabat di Ibu Pejabat JKR Melaka. Terdapat juga sebuah unit di Kem Tentera Terendak dan di Kem Tentera Sg. Udang. Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Tentera dan disokong oleh unit teknikal dari Kumpulan Sokongan dan perkeranian dari kumpulan Pentadbiran. Tanggungjawab bahagian ini adalah berhubung secara langsung berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan, jalan, eletrikal dan mekanikal kerana bahagian ini mempunyai jurutera mekanikal dan eletrikal sendiri.

Bagi kerja-kerja pembangunan dan jalan ia diketuai oleh seorang jurutera awam, bagi kerja-kerja eletrikal pula diketuai oleh jurutera eletrikal dan bagi kerja-kerja mekanikal, diketuai oleh jurutera mekanikal.Bahagian Kerja Tentera JKR Melaka juga bertanggungjawab melaksana kerja-kerja pembangunan dan senggaraan di Kem Bukit Beruang yang menempatkan unit Askar Wataniah 508, Kem Asahan, Jasin Melaka dan Kem 96 DPP di Masjid Tanah (Depoh simpanan berbagai jenis peluru).

FUNGSI

  1. Menyelaras, merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaikkan taraf semua infrastruktur temasuk kemudahan- kemudahan di Kem Tentera di Negeri Melaka.  Ini merangkumi bangunan kediaman, jalan, jambatan, bekalan air, sistem pembentungan, perparitan, lapangan terbang kecil, padang tembak, struktur laut, kolam renang dan kemudahan elektrik serta jentera yang berkaitan
  2. Menyelaras, merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek  pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan di Kem Tentera.  Ini termasuk penyediaan tawaran, pentadbiran kontrak dan pengawasan kerja pembinaan di tapak bina.
  3. Mengkaji dan menyiasat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang menghadapi masalah atau pun kegagalan dan menyediakan cadangan penyelesaian atau pembaikan.
  4. Mengkaji dan menyediakan pelan-pelan untuk kerja-kerja ubahsuai dan tambahan bagi bangunan dan kelengkapan angkatan tentera.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak tentera di dalam urusan perlaksanaan projek-projek penyelenggaraan, peningkatan dan pembangunan di dalam Kem-Kem Tentera Negeri Melaka.

Direktori Kakitangan

Unit Tentera


* Sila tukarkan [at] kepada @ apabila menghantar emel kepada senarai dibawah
Nama/Jawatan
MOHD HAFFIZAN BIN ABDUL GHAFAR
Jurutera Awam Kanan

Tarikh Akhir Kemaskini :: 30-10-2016 :: 12:11 AM