ORGANISASI

PIAGAM PELANGGAN

1. Pengurusan Projek

1.1 Fasa Pra-pembinaan

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi, skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM dan kelulusan Value Assesment (VA) telah diperolehi, tempoh perancangan hingga iklan adalah seperti berikut:

Projek Jenis  Rekabentuk dan Tempoh

a.

Bangunan

Pelan PAP tanpa pindaan

4 Bulan

Lain-lain

10 Bulan

Reka & Bina

4 Bulan

Projek Kos dan Tempoh

b.

Jalan dan Infrastruktur

Kurang dari RM50 juta

10 bulan

Melebihi RM 50 juta

14 bulan

Reka & Bina

4 Bulan

c.

 

Projek Kompleks

(Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara, Maritim, Pengangkutan Darat dll.)

 

Tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan

Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak, peruntukan yang mencukupi, skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM dan kelulusan Value Assesment (VA) telah diperolehi, tempoh perancangan hingga iklan adalah seperti berikut:

Projek Jenis  Rekabentuk dan Tempoh

d.

Hospital

76 Katil

10 bulan

120 dan 200 katil

15 bulan

300 katil (Reka & Bina)

4 bulan

 Nota: Tempoh maksimum dari tarikh Iklan sehingga tarikh Surat Setuju Terima Tender adalah 3 bulan 

 

1.2 Fasa Pembinaan

Tertakluk kepada syarat-syarat semua pengambilan tanah telah selesai, tiada halangan di atas tapak projek dan peruntukan disediakan mencukupi dalam tempoh kontrak, projek dalam pembinaan akan disiapkan seperti berikut:

Projek Kos dan Tempoh

a.

Bangunan

RM 500 ribu ke bawah

12 Bulan

RM 500 ribu - RM 20 juta

24 Bulan

Melebihi RM 20 juta

36 Bulan

Projek Kos dan Tempoh

b.

Jalan dan Infrastruktur

RM 500 ribu ke bawah

12 Bulan

RM 500 ribu - RM 20 juta

24 Bulan

Melebihi RM 20 juta

36 Bulan

c.

 

Projek Kompleks

(Jalan, Cerun, Bangunan, Pangkalan Udara, Maritim, Pengangkutan Darat dll.)

 

Tempoh yang dipersetujui bersama pelanggan

 

2. Selenggara Aset

2.1 Jalan

  • Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dala mtempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.

2.2 Bangunan

  • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari
  • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan

2.3 Mekanikal

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

  • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal                  
1 hari
  • Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat
3 bulan
  • Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat    
3 minggu 
  • Penggantian chiller 
1 tahun
  • Penggantian lif    
1 tahun

2.4 Elektrik

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja elektrik berikut adalah:

  • Untuk kerosakan yang biasa 1 hari
  • Untuk kerosakan yang rumit 7 hari

 

3. Khidmat Nasihat Teknikal

3.1 Kejuruteraan Cerun                                                    

Tindakan yang diambil apabila berlakunya:

a) Runtuhan cerun berskala besar

  • Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian
  • Laporan awal disediakan dala mtempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak

b) Runtuhan cerun berskala kecil

   Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:

  • Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak -  2 minggu dari tarikh lawatan tapak

c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh satu 1 minggu selepas lawatan dibuat.

3.2 Kejuruteraan Senggara

  • Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima
  • Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 mingguselepas dokumen permohonan lengkap diterima

3.3 Kejuruteraan Forensik

a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan : 

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima

b) Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 haribekerja dari tarikh lawatan tapak
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dam pemantuan diterima

 

4. Pengurusan Aduan

4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR

     Tempoh tindakan diambil

  • Akuan penerimaan aduan 1   hingga 3 hari
  • Maklumbalas terhadap aduan 7 hari
  • Penutupan aduan       2 bulan

4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)

     Tempoh tindakan diambil

  • Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
  • Maklum balas aduan7 hari

5. Pengurusan Kewangan

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima

" PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"


Tarikh Akhir Kemaskini :: 26-01-2018 :: 11:46 AM