ORGANISASI

MISI & VISI JABATAN

Bersesuaian dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala aspek kehidupan, Jabatan Kerja Raya Melaka tidak terlepas daripada menuju ke matlamat itu dan pegangan utamanya adalah Kenyataan Misi Jabatan

MISI

( Jasa Kepada Rakyat )

  • Kami adalah jabatan teknikal yang terunggul dalam pembangunan infrastruktur Negara.
  • Kami menyediakan pelbagai bidang kepakaran bagi memastikan amalan terbaik dalam perunding teknikal, pengurusan projek dan pengurusan penyenggaraan aset / kemudahan.
  • Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua kakitangan.
  • Kami menghargai serta mengamalkan keutuhan dan ketelusan.
  • Kami komited untuk berusaha ke arah pembangunan lestari demi manfaat generasi hari ini dan akan datang.

VISI

  • Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan infrastuktur dengan menggunakan kreativiti dan inovasi modal insan serta teknologi terkini.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 01-02-2017 :: 04:03 PM