Soalan Lazim

Umum

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan yang mana ianya menyokong segala sektor pembinaan di negara kita. JKR merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, seni bina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan

JKR bertanggungjawab merancang, merakabentuk, dan membina projek infrastruktur di negara kita. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh kami ialah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong sektor pembinaan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.

Alamat dan nombor telefon kami adalah seperti di bawah:

Ibu Pejabat JKR, 
Jalan Taming Sari
75400 Melaka.

Tel: 06-2854600 
Fax: 06-2847792

Hubungi direktori kami di ibu pejabat JKR, JKR Daerah atau Jurutera Daerah.

Gunakan cari  - telefon direktori untuk semua kakitangan di Ibu Pejabat JKR.

JKR diketuai oleh Datuk Ir Hj Abdul Razif Bin Ibrahim dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

Jika anda ingin menghubungi Ibu Pejabat JKR,& Jurutera Daerah gunakan direktori pegawai kakitangan JKR.